Sunday, January 25, 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL,MAMPUKAH KITA?

Salam ukhuwwah buat pelayar-pelayar blog yang saya hormati. Terdetik di hati ni(awatla kosong sangat ruangan blog aku niy). jadi oleh kerana terasa segan dan malu kat ahli-ahli blogger yang lain yang setiap hari bermacam-macam isu yang dibangkitkan oleh mereka, maka aku(alamak dh trlepas loghat kedah plak,xpa..balun ja lah..) nak jugak cerita pengalaman aku sepanjang 2 hari aku kat dalam kursus "Perkongsian Bijak Cemerlang" anjuran group HPA di bahagian Kuala Lumpur. Programnya bermula pada tarikh 23 pukui 9.00 pagi sehingga 24 januari 2009 pukui 5.00 petang.

aku pun bukannya nak jadi pengarah program nak cerita habis semua benda tentang program ni tapi aku nak habaq kat hangpa semua betapa bermaknanya program ni bagi aku dan aku rasa semua peserta yang berjumlah lebih daripada 100 org pun rasa macam tu jugak. dah la aku ni mai lambat dalam pukui 11.00 pagi tapi takpa dalam hati aku lambat pun lambatlah nak wat lagu mana dah aku duk jauh dekat belah setapak tu.dah la nak kena pi Ampang kat hotel DE'PAMA tempat aku tak pernah pi tapi nasib baiklah sahabat aku ni aji(upline aku) tau jalan pasai dia dok rajin jugak pi situ.(sebenaqnya tak jauh pun setapak dengan Ampang,saja ja buat alasan..hehe).

bukan aku nak merapu tak pasai-pasai tapi apa yang aku nak "highlight" kat sini ialah betapa kesedaran memboikot produk-produk yahudi ini timbul dengan begitu ghairahnya setelah aku pi program ni, bukannya aku tak pernah pi demo(ceh,dah riak lak pulak) tapi sejauh mana kesedaran kita(wa'yun) untuk terus melupuskan barangan Yahudi ini daripada kepala otak kita,keluarga kita,masyarakat kita dan seterusnya negara kita sendiri..Sejauh mana???Nestle(milo,kokocrunch,nestlo),Maggi,Nescafe,Starbuck,KFC,McD,DANONE(chipsmore) ni semua barang Yahudi ooo.....

satu lagi aku nak cerita kat hangpa, seorang peserta yang mempunyai kelulusan "degree" dalam bidang kedoktoran yang berpengalaman tinggal selama setahun untuk mengkaji babi dan anjing kerana dia "specialis" dalam bidang tu telah merumuskan bahawa setiap barangan makanan (tak termasuk minuman) di pasaran la ni ada mempunyai sumber daripada BABI. dia kata "babi ini Allah ciptakan dengan banyak kelebihan untuk menguji keimanan kita sejauh mana kita boleh lari daripada mengambil makanan haram ini, lukisan yang harga berjuta-juta tu, bukan mudah nak buat tapi ia memerlukan berus yang paling halus iaitu setelah dikaji ia adalah bulu babi kerana bulu babi paling halus daripada bulu haiwan lain yang boleh menghasilkan lukisan yang halus dan hebat mutu lukisannya. Serbuk daripada tulangnya mampu menghasilkan kicap dan sos yang terbaik dan kulitnya jika dibuat kasut boleh jadi anti kulat sampai bila-bila."

katanya lagi jika kita lihat sifat babi ni, dia tak akan menyahut tuannya kalu tuannya panggil berbeza dengan anjing jika dipanggil mudah ia datang dengan segera tapi babi tak. selagi tak terajang punggungnya tu, selagi tulah dia takkan menguek. samalah dengan sikap budak-buadak zaman la ni, kalu mak ayah panggil suruh buat keja, seorang pun tak menyahut. tambah-tambah lagi kalu tengah dok seghonok tengok naruto, rumah jadi sunyi macam takdak oghang. Nah, apa lagi yang mampu kita buat, doktor tu kata tak mustahil setiap dalam badan orang Islam sekarang ni akan ada kuman "maget" kat dalam usus dia. kuman "maget" ni adalah kuman yang ada dalam daging babi, kuman ni tidak akan mati tanpa izin Allah. hangpa buat pi la camana pun, hangpa nak bakaq ka, goreng ka,salai ka, dia tetap takkan mati.

jadi kesimpulannya boikotlah barangan Yahudi dan barang makanan dan minuman yang meragukan. SOKONGLAH BARANGAN ISLAM YANG SEKARANG INI TENGAH BERKEMBANG ATAS NAMA ISLAM...cubalah cari,mesti ada punya..(barangan HPA la,apa lagi...) layarilah www.hpa.com.my utk keterangan lanjut...InsyaAllah.sekian sahaja untuk kali ini.Wasalam.

No comments:

Post a Comment