Monday, April 6, 2009

BEKALAN KEMATIAN

ASSALAMUALAIKUM & SALAM perjuangan kepada sahabat-sahabat yang setia melayari blog saya yang serba kekurangan ini. tapi bagi saya inilah ruang yang paling sesuai untuk sama-sama berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya cedok daripada majlis-majlis ilmu dan pengalaman sepanjang saya menjalani kehidupan ini. saya ada mengikuti satu kuliah di mana dalam kuliah tersebut menyebut tentang satu tajuk penting yang perlu kita sebagai umat Islam mengambil perhatian. tajuk tersebut tidak lain tidak bukan adalah berkenaan bekalan kita tika berada di alam kubur, sabda Nabi saw "tiga perkara yang akan dapat membantu kita ketika menghadapi alam barzakh ialah sedekah amal jariah, ilmu yang memberi munafaat dan doa anak yang soleh". Pernahkah kita terfikir sejauh mana amalan kita yang sudah kita persipkan sebelum kita dipanggil untuk bertemu denganNya. Malaikat Izrail tidak akan menunggu sehingga kita bersedia menyelesaikan tanggungjawab kita dan selesai bertaubat untuk mencabut nyawa kita tetapi dia akan terus mencabut nyawa kita setelah daun kehidupan kita di langit gugur yang menandakan bahawa ajal kita sudah tiba. Renungkanlah firman Allah swt yang bermaksud "Hingga apabila datang kematian kepada sesoorang di antara mereka, dia berkata : Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai mereka dibangkitkan."(QS. Al Mukminun (23): 99 - 100). Jadi marilah bersama-sama kita bermuhasabah kembali sejauh mana kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian dengan bekalan yang cukup agar dapat tidur dengan selesa di alam barzakh sana.

No comments:

Post a Comment